Tuesday, December 1, 2015

Fear

Hey long time no see! Today I would like to share about my opinions on fear. There are many types of fear so I am gonna go few only..
-Fear to say out your opinion
Hey, I know that feelings of not being heard when you points out your opinion. Thats why you decided not to say it out loud. You and me, we are the same thing. Human.
-Fear to be rejected in the middle of people (judge by its cover)
Hmm in this world, it was never fair. Live your life by embracing it your way. Let people judge you. Let they know that your life is better than theirs. They all are only bunch of people who are jealous of the life you had.
-Fear to be alone or too socialize / friends
Yep, that is a concern. In these modern days, its easy to make friends (socially) and you could be the loneliest person in the world without anyoke knowing it. By faking up the conversation and stuffs, you know..
-Fear about your examination
This is common. People are afraid of their exams. BUT if they worked hard, they wouldn't bother about the results.
That's all I have got up my sleeves, till we meet again buzz XOXO

Friday, July 18, 2014

Kematian

"Yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Yang paling jauh dari kita adalah masa lalu."
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua. Hari ini tajuk yang saya bincangkan adalah kematian. Kematian adalah sesuatu yang kita (sebagai hamba kepada Allah Yang Esa) akan lalui pada suatu masa. Setiap benda yang mempunyai nyawa, pasti akan kembali kepada Pemiliknya Yang Maha Mengetahui.
Sepanjang minggu ini, saya mendengar cerita yang mendukacitakan di sekeliling saya. Kematian nenek seorang kawan sekelas dengan saya dan yang terbaharu dan sedang hangat isunya iaitu kematian penumpang-penumpang pesawat MH17. Bagi saya, perkara ini tidaklah mudah untuk diterima terutamanya oleh ahli keluarga yang terdekat.
Kita sebagai kawan ataupun sebagai masyarakat yang prihatin haruslah peka akan situasi yang sedang dialami oleh mereka (orang-orang yang kematian ahli keluarga mereka). Saya boleh bagitahu bahawa kehilangan orang dan melepaskan mereka pergi adalah mudah namun saya tidak akan kerana bukan saya yang berada di tempat mereka. Sekiranya saya yang berada di tempat mereka, berkemungkinan saya juga akan putus harapan seperti mereka.
Orang yang kematian ahli keluarganya adalah sangat lemah. Mereka memerlukan dorongan dan sokongan daripada orang sekeliling untuk bangkit semula menghadapi dugaan hidup. Janganlah berputus harapan apabila mereka merasakan diri mereka tidak sepatutnya hidup lagi kerana kehilangan orang tersayang malah teruslah berada di sisi mereka supaya mereka sedar bahawa yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali walaupun menangis air mata darah sekalipun. Biarkan mereka sedar akan kewujudan kita yang selalu di sisi mereka supaya mereka akan lebih tabah dalam menghadapi ujian dalam hidup.
Kematian boleh menyebabkan seseorang yang berpesonaliti ceria dan ramah bertukar menjadi muram dan pendiam dalam sekelip mata. Perubahan ini adalah yang paling menyerlah antara semua perubahan-perubahan lain yang berlaku. Orang seperti ini kesedihannya amat mendalam dan tersangat dalam sehinggakan sukar bagi seseorang untuk menasihatinya. Oleh itu, cubalah dengan cara yang lembut dan jangan sesekali pernah berkasar dengan mereka.
Kesimpulannya, kematian itu boleh menjurus kepada kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya, orang tersebut akan lebih tabah menghadapi kehidupan selepas kehilangan orang tersayang dan banyak lagi. Keburukannya pula, jika orang yang kehilangan orang tersayang tersebut terlalu hanyut dibawa emosi, maka sukarlah proses menyedarkan mereka.  Salam :)
"Apabila sudah melangkah ke hadapan, jangan sesekali menoleh ke belakang. Yang dibenarkan hanya berfikir secara bijak sebelum melangkah ke hadapan" -Anonymous S-
"When one door closes, another door opens, but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us." -Alexander Graham Bell-

Tuesday, July 8, 2014

Video yang Menyentuh Hati- Hayatilah :)





Satu lagi posting yang mungkin membawa sesuatu maksud kepada semua. Semua orang pasti melakukan kesilapan. Gunalah masa sebaiknya untuk perbaiki diri anda. Hayatilah untuk santapan rohaniah diri anda :) Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Persahabatan

Hai semua! Sudah lama saya tidak mengupdate post terbaharu. Oleh itu, saya akan berbincang mengenai tajuk persahabatan. Saya tidak akan memberi maksud disebalik perkataan persahabatan namun saya akan memberi pendapat saya mengenai persahabatan. Bagi saya, persahabatan itu satu hubungan yang suci kerana melalui persahabatan, anda dapat merasai pengalaman pahit dan manis bersama orang yang anda kenali dan anda sayangi.
Persahabatan membawa erti yang besar di dalam hidup kita. Tanpa mereka, kita belum tentu dapat menjalani hidup yang indah seperti yang anda rasai sekarang. Hidup di dalam dunia anda sendiri dan buat dunia ini seperti anda yang punya. Saya juga mempunyai kawan-kawan yang berperangai sedemikian. Mereka menceriakan hidup saya dan membantu saya ketika mengalami kemurungan dan kesusahan. Mereka juga bersama saya ketika saya senang. Saya amat menyenangi sikap mereka tersebut.
Sahabat-sahabat yang saya maksudkan bukan hanya terhad kepada sahabat-sahabat yang terdekat sahaja namun termasuklah kenalan-kenalan anda semua. Semua yang mengenali anda dan anda kenal merupakan sahabat bagi anda. Mungkin pada suatu hari, anda akan melupakan mereka tetapi jika mereka masih mengingati anda, bererti dia merupakan seorang kawan yang sangat baik. Jika dia merupakan seorang pelajar sekolah di seberang Lautan China Selatan, bagaimana pula? Bukankah kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja di dunia ini?
Adakalanya kita disakiti dan kita menyakiti sahabat-sahabat kita tersebut. Apa salahnya jika anda memulakan langkah untuk bermaaf-maafan kerana membenci itu satu perkara yang mudah namun memaafkan itu suatu perkara yang indah. Jangan mencari sahabat berdasarkan paras rupa dan harta kerana perkara-perkara ini tidak berkekalan. Persahabatan berdasarkan paras rupa dan harta tidak akan bertahan lama kerana jika anda tersilap langkah, anda akan menerima padahnya. Terimalah orang seadanya kerana dia adalah dia, anda adalah anda. Tidak mungkin anda menjadi dia dan dia menjadi anda.
Jadi, hargailah persahabatan yang anda miliki sekarang kerana ia mungkin hanya datang sekali dalam hidup anda. Peluang kedua jarang menjenguk namun jika peluang tersebuut masih ada, lakukan perubahan yang perlu dilakukan dalam hidup anda. Carilah kawan yang menerima kamu seadanya dan kamu terima dia seadanya. Jangan silap memilih kawan dan hiduplah dengan gembira seadanya. berubahlah jika perlu dan kikis perasaan ego dalam diri untuk lebih maju. Salam :)

Saturday, July 5, 2014

The Realm of Mind- Student, Parents, Teachers

Assalamualaikum and hello everybody. I would like to talk about mentality. Mentality means the way you think about something or when you are stuck in one kind of a situation. Don't beat around the bush. The difference between a student's, a parent's and a teacher's mentality is big. Want to know why?
 A student's mentality never gets too complicated. Whenever they think they can do it, they will try to successfully achieve their vision. They would bend over backwards and they will never be ashamed of asking if they do not know about them. They will try to push their egos aside and think what is good for them and what is not. If you have problems, try to settle them by discussing it with your parents or teachers. Give an idea but the way you should talk would be in a way of trying to make them realize it. Do not try to find a scene in the middle of the discussion. Ask properly, listen to their reasons and respond to them wisely. If their reasons are acceptable then accept it but if it's not, try to make them realize that this is for your future. No harsh words against them and maybe they try to consider it. Of course, nobody is perfect but people make mistakes. When you make mistake, you ask for forgiveness.
 A parent's mentality is either the same way or the opposite way. First situation, you have the understanding parents that supports you in everything you do. They are willing to spend money and sacrifices for you. They listen and responded to what you wanted to do. Now, this is the kind of parents that should be the role model for their children. On the other hand, you have the kind of parents which have a problem trusting their children. They do not have confidence in their children. Your interests are pushed away, your parents asked you to become a doctor, an engineer and a lot more just because of your excellent results in the examination you took. When you argue with them, they do not take your words seriously. In every argument, you will always lose because your parents only stick to their mindset and does not even consider yours. So parents, I know that you have the power to guide your children but please, guide them properly. When things go wrong, you start from scratch. Let your children knows that you are taking the wrong steps. Everybody learns something from somebody, right? Face it and at the same time you are teaching your children to learn about forgiveness.
 Meanwhile, a teacher's mentality is slightly different from parent's mentality. They like to push students forward but what they do not know is only a few students are able to handle themselves under these kind of pressure. Then, how about the others? That's the thing. These students which are unable to handle these kind of pressure are fragile. They do things right but not in the way the teachers want. After that, the teachers becomes mad and tries to give advice to them. This is the famous teacher's technique so-called "brainwash". This technique actually makes things more difficult from the original situation. Once in a while, try to listen to them and their problems. You can make things go differently. Instead of getting mad at them, why don't you propose an idea on how they can improve themselves? Make opportunities for them to correct their wrongdoings. Don't let them go too far but not too near. You have got to make it just right. "Good teachers knows how to bring out the best in students" -Charles Kuralt
In a nutshell, this mentality is important in our life. Without the correct mindset, you never taste success. Think of what you can do more for other people instead of thinking what you can do only to yourself.
 "If you will think what you ought to do for other people, your character will take of itself" -Woodrow T. Wilson. So, that's all from me. Thank you :)


Friday, July 4, 2014

Life Live Love

A very good evening to all. Tonight, I will share my opinion and my title would be simple. Life. Live. Love. These are not simple words since they means so much in our life.
Life.
They are not easy but they are not that hard. By living the life means you have accepted God's challenges. You go through ups and downs in life but you still get back in the game. You never give up. Life is like a wheel. One day, you are at the top but one another day, you will be at the bottom. Wise people tend to think that when you get through hardships, you will become stronger in everything. Then, if some people have the power to move on, why not you? You could become the richest person in the world but what will you try to do?
Live.
Living the life is the not hardest thing that I knew. We lived in this world trying to gain experiences and byright, these experiences would help you to mould yourself to become who you will be in the future. In order to live is a different thing. You exist but not really alive. You are alive when you do something to prove that you are an existence in the world. Doing something is not the same by just saying it. Someone used to tell me that, if I wanted things to be in a different way, I should try to make it true. Not just by planning it because by planning, your plan might be done or you might be broken hearted and you will stop in the middle of the plan.
Love.
This is an interesting sub-title. In my believes, love is not only by loving that somebody and he or she loves you back. Love is about caring, sharing and knowing each other well also means love. Love's boundary is limitless. Your love for parents, the friends you care so much at school, crushes and our loved ones. Love for books, living things and so on. They never ends. In this Internet-based world, everything is limitless. People met their soulmate partner in Facebook, Twitter, Instagrams and a lot more. I will not be surprised if my best of friends get to know their girlfriends or boyfriends through this social networks.
So, tonight is one of the many nights that I've chosen to share my opinions, because you know that, if pi was taken away, all of it will become an onion and I would never wanted to give you guys onion. Salam :)

Thursday, July 3, 2014

Istana Budaya

Istana ini bukan sebarang istana bahkan bukan pula istana diraja. Namun, apabila diperhatikan bangunan ini dari tepi jalan, hati setiap insan akan tertarik untuk masuk ke dalamnya. Kedudukan bangunan ini terletak di Jalan Tun Razak dan bersebelahan dengan Tasik Titiwangsa. Bangunan yang dahulunya dinamakan sebagai Panggung Negara kini telah bertukar nama. Bangunan ini telah dinamakan semula menjadi Istana Budaya. Reka bentuk Istana Budaya dipenuhi dengan seni tradisional baik di luar mahupun di dalamnya.
Konsep Istana Budaya Malaysia telah dibincangkan dan dirumuskan dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada tahun 1998. Kos pembinaan bagi bangunan tersebut berjumlah RM 210 juta dan berkeluasan 5.44 hektar. Manakala, keluasan lantainya pula menjangkau 21000 meter persegi.
Selaras dengan statusnya sebagai mercu kesenian negara, Istana Budaya amat mementingkan kecemerlangannya dalam semua pementasannya yang berbentuk tarian, muzik dan drama.
Istana Budaya juga merupakan panggung pertama di Asia yang mempunyai mekanisma pentas tercanggih untuk pementasan teater selaras dengan panggung-panggung utama di dunia. Pencapaian ini meletakkan Istana Budaya dalam senarai sepuluh panggung tercanggih di dunia.
Kemasan dalaman Istana Budaya pula menggunakan bahan-bahan tempatan seperti jubin marmar daripada Langkawi, kayu-kayan tropika bermutu tinggi pula dijadikan sebagai pintu-pintu utama, diukir dengan tangan dan bermotifkan flora. Permaidani di lobi teater pula bermotifkan dedaun pohon beringin iaitu daun yang bertindak sebagai pembuka cerita teater wayang kulit. Selain itu, beberapa lukisan dan karya pelukis dan Seniman Negara iaitu Dato Syed Ahmad Jamal, menghiasi dinding.
Empat buah pentas yang berbentuk prosenium berukuran 28meter x 25 meter setiap satu ini boleh diubahsuai mengikut jenis pementasan. Ciri inilah yang menjadi kebanggaaan Istana Budaya. Di hadapan pentas utama, terdapat ruang orkestra yang agak tersorok dan boleh diturunkan untuk memisahkannya daripada tempat duduk penonton.
Bangunan ini mempunyai kaunter tiket, bilik multimedia, 27 bilik persalinan yang dilengkapi tempat mandi, tandas, tempat menyimpan pakaian dan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) serta sebuah studio balet untuk pelakon ataupun penglibat lain melakukan latihan. Selain itu, kemudahan lain termasuklah ruang tamu khas untuk orang kenamaan, galeri kostum seni pentas, sebuah kafe (Cafe D' Istana), sebuah kedai cenderamata dan surau. Bagi golongan orang kurang upaya (OKU) pula, alur khas dan lif istimewa turut disediakan untuk mereka.
Panggung Sari mampu menempatkan 1421 orang pada satu masa. Balai Sari Penghadapan yang berada di tingkat satu mampu menempatkan seramai 796 orang. Balai Sari Utama di tingkat dua pula mampu menempatkan seramai 322 orang manakala Balai Sari Peninjau pula mampu menempatkan 303 orang dan berada di tingkat tiga bangunan tersebut. Ruang orkestra pula hanya mampu menempatkan 98 orang apabila tidak digunakan. Kesemua tempat duduk adalah bernombor dan lampu kecil di kawasan lantai memudahkan penonton mencari tempat duduk mereka.
Istana Budaya juga menetapkan kod pakaian penonton ketika menyaksikan persembahan. Bagi persembahan orkestra dan koir, penonton hanya dibenarkan memakai pakaian sut, batik dan baju berlengan panjang. Bagi menonton persembahan teater dan tarian pula, penonton hanya dibenarkan memakai pakaian kemas, sopan dan bersesuaian. Penonton dilarang berseluar pendek, berkemeja T kolar bulat, berpakaian sukan, berkasut sukan atau berselipar.
Akhir sekali, penonton dilarang mengaktifkan alat kelui, telefon bimbit dan jam penggera. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun juga tidak dibenarkan masuk kecuali untuk persembahan khas bagi kanak-kanak.